Bahaya Merokok
Asap Rokok Mengancam
Kanak-Kanak
Perokok pasif adalah
orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan
bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika
dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak
yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk
mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah
seperti batuk, asma .
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Berikan Anak-Anak Anda Kehidupan Yang Sihat
Mereka mungkin
terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap
rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat
normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara.
Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak
anda.
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
Asap Rokok Basi Memudaratkan Kanak-Kanak
- Anak-anak anda begitu bernilai,
mereka membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada anda.
- Mengenangkan mereka akan
membawa senyuman ke bibir anda.
- Jagalah mereka, sayangi mereka.
- Berikan anak-anak anda
permulaan yang baik dalam kehidupan.
- Pastikan kesihatan mereka
terjamin dan masa depan mereka cerah.
- Berhentilah meracuni mereka
dengan asap rokok.
Rokok Mengakibatkan
Mati Pucuk
- Rokok mengandungi
berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
- Kebiasaan merokok menyebabkan
penggantungan dan ketagihan nikotin.
- Nikotin menyebabkan saluran
darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. Dengan itu nikotin
mengakibatkan mati pucuk.
- Kualiti sperma anda akan
terganggu.
- Kemampuan menghasilkan ereksi
akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
Hubungan Seks Anda
Akan Terganggu
- Hubungan seks adalah penting
dalam kehidupan kita.
- Ia membantu anda menikmati
perkahwinan yang indah.
- Selamatkan diri anda dari mati
pucuk
- Jangan biarkan diri anda
menjadi mangsa nikotin.
- Bertindak bijak, jangan
merokok.
Fikirkanlah Tentang
Pasangan Anda
Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumah tangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.
Merokok Mengakibatkan Strok

- Bahan kimia yang dibebaskan
oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok
menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10–12% dari kematian
di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
- Kesan nikotin yang disebabkan
oleh merokok merosakkan saluran darah.
- Dinding salur darah akan
menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
- Strok disebabkan oleh salur
darah tersumbat di dalam otak.
- Sebahagian badan anda mungkin
akan lumpuh dan anda mungkin maut.
Kurangkan Risiko Anda
Mendapat Strok
- Merokok menambahkan risiko
strok (Angin Ahmar).
- Kurangkan risiko anda dengan
berhenti merokok.
- Jangan biarkan diri anda dan
keluarga anda hidup menderita.
- Bantulah diri anda.
- Amalkan cara hidup sihat.
- Jangan merokok.
Berhenti Merokok
- Jangan merokok. Masa depan yang
hebat menanti anda dan keluarga anda.
- Lakukan aktiviti sihat seperti
bersukan dan berhobi.
- Hidup akan lebih bermakna jika
tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
- Luahkannya dengan cara positif.
- Bergiat aktif. Bebaskan diri
anda dari belenggu ketagihan.
Rokok Mengakibatkan
Serangan Sakit Jantung
Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10–12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.
Sayangkan Jantung Anda

serangan sakit jantung.
- Kurangkan risiko anda dengan
berhenti merokok.
- Jangan biarkan asap rokok
membunuh anda.
- Jauhilah diri dari asap rokok
basi.
- Belajarlah menyayangi jantung
anda.
- Jangan merokok.
Fakta Membimbangkan
Akibat Merokok
- 50% dari golongan lelaki di
Malaysia adalah perokok.
- Di Kuala Lumpur, nisbah antara
perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
- Kadar merokok dari golongan
remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15
tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan
menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
- 60-75% dari asap rokok akan
disedut oleh orang yang tidak merokok.
- Hanya 50% perokok akan dapat
menjangkau umur 70 tahun.
- Rakyat Malaysia membelanjakan
RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.
Rokok Mengakibatkan
Kanser Paru-Paru
Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.
Selamatkan Diri Anda Dari Kanser Paru-Paru

- Setiap sedutan membawa padah.
- Kenapa harus meracuni diri?
- Jangan biarkan asap rokok
merosakkan paru-paru anda.
- Selamatkan diri dari kanser
paru-paru.
- Bertindak bijak, jangan
merokok.
Keluarga Anda dan
Orang Tersayang
Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
Berhenti merokok - Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

Komentar ini telah dihapus oleh pengarang.
BalasHapus